PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN BIL.2/2021 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 13/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN BIL.2/2021 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
13/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

5 Julai 2021- Kuala Terengganu, Terengganu.   Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan Bil.2 telah diadakan secara hibrid yang dihadiri secara fizikal di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), JAS Terengganu dan secara atas talian yang dihadiri oleh pegawai yang Berkerja Dari Rumah (BDR). YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah mempengerusikan mesyuarat ini .  Hadir sama Timbalan Pengarah Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan selaku Pegawai Aset JAS Terengganu Encik Mohd Norli bin Abdullah, Timbalan Ketua Cawangan Kemaman, Puan Zuraini binti Mohd Sinin,  Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan, Puan Maznah binti Puteh dan semua pegawai yg terlibat dengan pengurusan, termasuklah pemeriksa dan pemverifikasian aset dan stor. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memperkemaskan dan menyelaras pelaporan suku tahun kedua Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara, Pengurusan Stor dan Aset Tak Alih  JAS Terengganu sebelum dikemukakan ke JAS Ibu Pejabat. Di samping itu juga mesyuarat ini turut membincangkan isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan pengurusan aset kerajaan di Jabatan ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan