PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KILANG PEMEROLEHAN KEMBALI BUANGAN TERJADUAL & KITAR SEMULA LOGAM TERPAKAI DIKENAKAN PERINTAH LARANGAN BEROPERASI

DOE Johor 16/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG PEMEROLEHAN KEMBALI BUANGAN TERJADUAL & KITAR SEMULA LOGAM TERPAKAI DIKENAKAN PERINTAH LARANGAN BEROPERASI
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
16/07/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

26 Mei 2021, KOTA TINGGI - Satu kilang yang menjalankan aktiviti pemerolehan kembali buangan terjadual dan kitar semula logam terpakai di Kota Tinggi telah dikenakan Perintah Larangan di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2012 di atas kesalahan beroperasi tanpa mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Premis adalah dilarang menjalankan apa-apa aktiviti / operasi berkuatkuasa serta merta sehingga ke suatu tarikh penarikan balik yang akan diberitahu kelak. Pihak industri adalah digesa meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terus terjaga.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan