Penerangan
25 Mei 2021, JOHOR BAHRU :Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan pihak konsesi PSTW telah bersama-sama menjalankan persampelan kualiti air merin secara manual di bawah program Malaysia-Singapore Joint Committee on the Environment (MSJCE) di perairan timur Selat Johor pada 22 Mei 2021 dan perairan barat Selat Johor pada 23 Mei 2021.
Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengukur kualiti air di sepanjang perairan Selat Johor yang bersempadan dengan Singapura. Program ini akan dijalankan secara begilir-gilir di antara Malaysia dan Singapura sepanjang tahun.