PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) TERHADAP SEBUAH PREMIS DI KAWASAN PERINDUSTRIAN TANJUNG LANGSAT, JOHOR

DOE Johor 16/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) TERHADAP SEBUAH PREMIS DI KAWASAN PERINDUSTRIAN TANJUNG LANGSAT, JOHOR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
16/07/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

19 Mei 2021, Tanjung Langsat : Hasil aduan awam dan pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, satu premis yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 susulan pelepasan efluen bewarna yang dilepaskan ke longkang berhampiran pada 18 Mei 2021. Premis diarahkan menghentikan serta merta aktiviti pemprosesan sehingga langkah-langkah kawalan dan tebatan diambil bagi mengatasi masalah ini. Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan