Penerangan
8 Mei 2021, Johor Bahru : Dalam usaha mengawal dan membanteras sebarang isu berkaitan pencemaran air dan mengelakkan penutupan loji rawatan air sempena musim perayaan yang akan datang, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bersama JAS Cawangan Pasir Gudang, JAS Cawangan Pengerang, JAS Cawangan Kluang, JAS Cawangan Batu Pahat dan JAS Cawangan Muar dengan jumlah kekuatan seramai 40 orang anggota penguatkuasa telah menjalankan Ops Air Raya bermula pada 25 April 2021 sehingga 6 Mei 2021.
Operasi ini melibatkan pemeriksaan terhadap 50 premis industri termasuk kilang kelapa sawit, industri pembuatan dan premis pengolahan buangan terjadual di yang terletak di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Muar, Ledang dan Segamat.
Sebanyak 17 kompaun bernilai RM34,000 telah dikeluarkan dengan 9 notis arahan manakala dua buah kilang masing- masing telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan dan gantung lesen.
Pihak industri dan orang ramai adalah diingatkan untuk mematuhi AKAS 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya bagi memastikan alam sekitar terpelihara.