Penerangan
Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti MS ISO: 9001:2015.Mesyuarat ini diadakan buat kali kedua selaras dengan kehendak Jabatan iaitu empat kali dalam setahun.Mesyuarat telah dipengerusi oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd.Rahman, Pengarah JAS Terengganu secara fizikal di pejabat.Hadir sama, Timbalan Pengarah Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd. Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Encik Muhamad Hafiz Zulkarnain bin Azman sebagai urusetia. Dalam masa yang sama, mesyuarat ini turut dihadiri oleh ahli Jawatankuasa yang telah dilantik.Tujuan mesyuarat ini adalah bagi meningkatkan perkhidmatan Jabatan ke arah lebih baik.