PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS JOHOR SIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN TANJUNG KUPANG

DOE Johor 15/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS JOHOR SIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN TANJUNG KUPANG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/07/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

JOHOR BAHRU, 4 MEI 2021 - Unit Aduan JAS Johor telah menjalankan siasatan hasil aduan orang awam berkaitan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berhampiran Tg. kupang. Berdasarkan kepada aduan yang diterima, terdapat beberapa tempat yang dilaporkan melakukan aktiviti pembakaran terbuka, dan hasil daripada semakan pegawai JAS melalui aduan lampau dan semakan didalam sistem JAS telah menemukan beberapa kawasan yang dilihat berpotensi untuk dijadikan sebagai tapak untuk aktiviti pembakaran terbuka. Siasatan dan penguatkuasaan di kawasan tersebut telah menemukan satu kawasan lapang yang dijadikan tapak pelupusan sisa perkapalan yang dipercayai daripada pelabuhan terdekat. Pemerhatian menyeluruh di kawasan tersebut mendapati bahawa tiada kewujudan sisa Buangan Terjadual atau Bahan Berbahaya yang diletakkkan/dibuang di kawasan tersebut. Sewaktu siasatan dijalankan, tiada pembakaran terbuka yang berlaku, namun terdapat kesan kesan hitam berpunca daripada aktiviti pembakaran yang telah dilakukan sebelum ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan