JAS Negeri Sarawak telah menyertai Ops Patuh bersama pihak PDRM, SDMC dan RELA terhadap beberapa buah kilang/premis di Bahagian Kuching pada 7 Julai 2021. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Selain itu, pemantauan serta penguatkuasaan SOP turut dijalankan di bawah Seksyen 3, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian 1-800-88-2727 atau melalui email ke
[email protected] atau melalui portal aduan https://
[email protected].