Penerangan
Pengarah JAS Negeri Sarawak, Encik Hamzah Bin Hj. Mohamad bersama Encik Mohamad Zaihan Bin Hj. Lek, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Operasi) dan Encik Mohd Shahuri Abdul Raof, Penolong Pegawai Kawalan Kanan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas ACP Ahsmon Bajah, Ketua Polis Daerah Kuching di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada 9 Julai 2021. Turut hadir beberapa Pegawai Kanan PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan bagi meningkatkan kerjasama JAS dan PDRM khususnya dalam menjalankan penguatkuasaan secara NBOS dalam tempoh PKP. Turut menjadi tumpuan perbincangan adalah pelaksanaan OPS PATUH terhadap premis-premis industri. JAS merakamkan ucapan terima kasih kepada PDRM yang telah menjemput bersama JAS di dalam OPS PATUH.