Penerangan
ADUAN PENCEMARAN UDARA DARI PREMIS
CAMERON HIGHLANDS, 10 JULAI 2021- Susulan dari aduan yang diterima, pegawai penguatkuasa JAS Cameron Highlands terus bergegas ke lokasi aduan yang disyaki melepaskan asap hitam dari cerobong premis.
Hasil Siasatan yang dijalankan mendapati aduan adalah berasas. Kejadian tersebut berlaku berpunca daripada kerosakan salah satu pump hidraulik feeding yang mengalami kerosakan dan seterusnya memberi kesan terhadap proses pembakaran sampah. Oleh demikian, kerja-kerja pembaikan segera telah dilakukan oleh pihak premis bagi mengatasi isu pelepasan asap hitam.
Notis arahan telah dikeluarkan oleh Pihak JAS kepada pihak premis.
Selain Itu, pemeriksaan dan pematuhan SOP pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara turut dijalankan ke atas premis.
Siasatan dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak KKM DAN MKN.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#10julai2021