Penerangan
PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS), 1974 & AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT, 1988 (AKTA 342)
GEBENG, 7 JULAI 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis di Kawasan Perindustrian Gebeng & Kawasan Cherating bagi memastikan pematuhan di bawah AKAS 1974 dan Akta 342.
Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
#jaspahang
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#07julai2021