PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

ADUAN PENCEMARAN SUNGAI KERATONG YANG BERPUNCA DARIPADA KEBOCORAN KOLAM RAWATAN EFLUEN KILANG KELAPA SAWIT DI MUADZAM SHAH, ROMPIN, PAHANG.

DOE Pahang 15/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PENCEMARAN SUNGAI KERATONG YANG BERPUNCA DARIPADA KEBOCORAN KOLAM RAWATAN EFLUEN KILANG KELAPA SAWIT DI MUADZAM SHAH, ROMPIN, PAHANG.
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
15/07/2021
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

ADUAN PENCEMARAN SUNGAI KERATONG YANG BERPUNCA DARIPADA KEBOCORAN KOLAM RAWATAN EFLUEN KILANG KELAPA SAWIT DI MUADZAM SHAH, ROMPIN, PAHANG. ROMPIN, 06 JULAI 2021 - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Rompin telah menerima aduan pencemaran sungai Keratong yang berwarna hitam disyaki berpunca daripada pelepasan efluen daripada kilang kelapa sawit. Bertindak di atas aduan tersebut JAS Cawangan Rompin telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kilang Sawit yang berada di lokasi paling hampir dengan lokasi yang diadu. Hasil pemeriksaan ini mendapati berlaku kebocoran pada salah satu kolam rawatan pengolahan efluen kilang sawit tersebut sehingga menyebabkan efluen terlepas ke alur air berhampiran seterusnya memasuki sungai Keratong. Pihak kilang sawit telah diarah untuk memberhentikan operasi kilang dengan serta merta dan menjalankan kerja-kerja membaikpulih semua benteng kolam rawatan efluen dengan sempurna. Pengaliran efluen ke kawasan alur air berhampiran juga telah berjaya disekat dengan serta merta oleh kilang sawit berkenaan. Kilang sawit tersebut tidak dibenarkan beroperasi sehingga kesemua kolam rawatan efluen diselenggara dengan baik dan akan disahkan terlebih dahulu oleh pihak JAS Cawangan Rompin. Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana memberi impak pencemaran yang teruk dan menyumbang kepada pencemaran sungai seterusnya boleh menyebabkan penutupan loji rawatan air. Tindakan lanjut dan penyediaan kertas siasatan di atas kesalahan pelanggaran syarat-syarat lesen akan dikenakan kepada pihak kilang sawit ini di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. #kementerianalamsekitardanair #jaspahang #jabatanalamsekitar #06julai2021

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan