Penerangan
PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS TERHADAP AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (AKAS), 1974 & AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT, 1988 (AKTA 342)
CAMERON HIGHLANDS, 5 JULAI 2021 - Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis di Kampung Raja bagi memastikan pematuhan di bawah AKAS 1974 dan Akta 342. Pemantauan di sekitar kawasan juga dilakukan dan tiada pembakaran terbuka dikesan.
Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
#jaspahang
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#05julai2021