Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM RONDAAN DALAM TEMPOH PKPD DAN PKP OLEH JAS NEGERI SEMBILAN DAN JAS CAWANGAN KUALA PILAH
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 15/07/2021
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
PROGRAM RONDAAN DALAM TEMPOH PKPD DAN PKP OLEH JAS NEGERI SEMBILAN DAN JAS CAWANGAN KUALA PILAH
11 Julai 2021, Seremban - JAS Negeri Sembilan dan JAS Cawangan Kuala Pilah terus komited menjalankan program rondaan dalam tempoh PKPD (Daerah Seremban) dan PKP bagi memantau aktiviti mencurigakan atau yang berisiko mencemarkan alam sekitar di kawasan perindustrian sekitar Negeri Sembilan.
Pemantauan juga dilakukan di takat pelepasan akhir efluen premis yang telah dikenalpasti berisiko mencemarkan bagi memastikan tiada efluen tidak terawat dilepaskan terus ke dalam longkang awam.
Rondaan pemantauan ini adalah bagi memastikan premis di kawasan perindustrian sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun Negeri Sembilan sedang dalam tempoh PKPD dan PKP, keberadaan JAS di kawasan industri menunjukkan keseriusan Jabatan dalam menangani isu pencemaran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.