Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Operasi Bersepadu Terhadap Ladang Ternakan Khinzir Di Muara Tuang, Samarahan, Sarawak
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 15/07/2021
- Organisasi
- DOE Sarawak
- Lokasi
- Sarawak
Penerangan
JAS Sarawak telah mengadakan satu operasi bersepadu pada 24 Jun 2021 bersama pihak Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) susulan aduan pencemaran yang telah diterima oleh JAS Sarawak. Hasil siasatan yang dijalankan mendapati sebuah ladang ternakan khinzir dan dua (2) buah rumah penyembelihan beroperasi di kawasan tersebut. Siasatan lanjut juga mendapati premis-premis berkenaan telah melepaskan air buangan daripada kerja-kerja pencucian kandang dan proses penyembelihan. Tindakan penguatkuasan telah diambil mengikut bidangkuasa agensi/jabatan yang menyertai operasi tersebut.