Penerangan
8 Julai 2021, Bangi - Pegawai-pegawai penguatkuasa Institut Alam Sekitar Malaysia (E??MAS) bersama-sama dengan pegawai-pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kajang telah menjalankan tugasan rondaan bagi operasi pematuhan AKTA 127 dan AKTA 342 terhadap sektor pengilangan dan pembuatan dalam sektor ekonomi perlu.
Selaras dengan kuasa yang tertakluk di bawah AKTA 127 dan AKTA 342 dalam tempoh PKP 3.0 tersebut, pegawai-pegawai penguatkuasa JAS akan menjalankan rondaan di kawasan industri seperti arahan yang telah ditetapkan sehingga 1 Ogos 2021.
Pegawai-pegawai penguatkuasa JAS dinasihatkan agar terus mematuhi SOP MKN dan KKM dan juga Garis Panduan Bertugas Bagi JAS Dalam Tempoh PKP 3.0 bertarikh 18 Jun 2021 yang telah dikeluarkan oleh JAS sepanjang tempoh tugasan rondaan tersebut.