Penerangan
8 Julai 2021, IPOH – JAS Perak telah mengadakan mesyuarat EIA Technical Review Committee secara atas talian bagi membincangkan laporan EIA bagi aktiviti kemudahan pengolahan dan pelupusan buangan terjadual dalam daerah Kinta.
Mesyuarat pada hari ini telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul. Antara panel pengulas teknikal yang hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Majlis Daerah Batu Gajah, PLANMalaysia@Perak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak.
Laporan EIA telah dibentangkan oleh perunding EIA yang dilantik oleh penggerak projek.