Penerangan
• Penceramah : Pn Gwendolyne Christopher
• Tarikh : 7 Julai 2021, Rabu
• Masa : 2:00 petang – 5:30 petang
• Aplikasi : MS Teams (atas talian)
• Peserta : Pegawai atasan dan kakitangan SEA Hibiscus Sdn Bhd (Labuan Crude Oil Terminal)
serta kakitangan kontraktor, Kenyalang Integrity Services Sdn Bhd
JAS WP Labuan telah dijemput sebagai Pengajar untuk mengadakan sesi klinik serta latihan secara ‘hands on’ bagi sistem eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System) dan EMAINS (Environmental Mainstreaming Tools System) kepada kakitangan SEA Hibiscus Sdn Bhd (Labuan Crude Oil Terminal) serta kontraktor, Kenyalang Integrity Services Sdn Bhd yang terlibat dalam penyediaan data untuk kedua – dua sistem tersebut. Objektif sesi tersebut adalah untuk memberi pendedahan serta meningkatkan lagi kemahiran kakitangan SEA Hibiscus Sdn Bhd (Labuan Crude Oil Terminal) serta Kenyalang Integrity Services Sdn Bhd dalam menggunakan eSWIS dan EMAINS.