PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TELUK INTAN SIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI MANJUNG

DOE Perak 08/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TELUK INTAN SIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI MANJUNG
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
08/07/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

7 Julai 2021, MANJUNG – Penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan terus komited menyiasat aduan yang diterima dari orang ramai berkaitan pembakaran terbuka di sebuah tanah lapang pada hari ini. Hasil siasatan menemui longgokan batang pokok yang telah dipotong dan sisa pangkasan serta daun-daun kering di tanah lapang tersebut. JAS segera bertindak melekatkan poster larangan pembakaran terbuka di kawasan yang diadu bagi menyedarkan orang yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pembakaran terbuka. Lokasi tanah lapang ini telah dikenalpasti dan tindakan perundangan akan diambil selanjutnya oleh JAS Teluk Intan terhadap pemilik atau pemaju tanah tersebut. JAS mengingatkan kepada mana-mana pemilik tanah atau pemaju projek yang menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah adalah dilarang melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00 atau tindakan yang lebih tegas di bawah seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu dikenakan denda sebanyak RM500,000.00 atau dipenjara selama tempoh 5 tahun. Siasatan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan