Penerangan
7 Julai 2021, IPOH – Satu sesi libat urus Seksyen Post EIA JAS Perak bersama pemaju projek Loji Rawatan Terma Sisa Pepejal di Pulau Pangkor telah diadakan secara atas talian pada hari ini bagi membincangkan pematuhan syarat-syarat EIA dan pelan pengurusan alam sekitar (EMP).
Sesi ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).