Penerangan
PEMANTAUAN TASIK CHINI DITERUSKAN DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
TASIK CHINI, 30 JUN 2021 - Dua pasukan daripada Bahagian Pembangunan JAS Pahang bertugas untuk menjalankan pemantauan Tasik Chini di daerah Pekan walaupun dalam tempoh PPN.
Persampelan telah dilakukan di 15 stesen pengawasan yang telah ditetapkan serta Pemerhatian terhadap parameter in-situ iaitu kandungan oksigen terlarut, pH, kekeruhan, suhu dan Konduktiviti.
Pihak JAS amat berharap agar pihak industri dan agensi terlibat agar sentiasa memelihara kualiti air tasik supaya terus terjaga.
#kementerianalamsekitardanair
#jaspahang
#jabatanalamsekitar
#30jun2021