PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS DAN TAKLIMAT LABUAN GEOPARK

DOE WP Labuan 08/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS DAN TAKLIMAT LABUAN GEOPARK
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
08/07/2021
Organisasi
DOE WP Labuan

Penerangan

2 Julai 2021, Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Sesi Libat Urus dan Taklimat Labuan Geopark secara maya yang disampaikan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Sabah. Objektif sesi ini adalah memberi pendedahan kepada pemain industri pelancongan mengenai Labuan Geopark dan menjelaskan usaha yang telah dijalankan ke arah mencapai status Labuan Geopark sebagai Geopark Kebangsaan serta memperkenalkan lokasi Geopark yang terdapat di Labuan. Terdapat dua topik pembentangan iaitu topik pertama 'Geopark dan Kepentingan' manakala topik kedua 'Mari Mengenali Labuan Geopark'. Seramai 71 orang peserta menyertai sesi libat urus secara maya ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Ybrs. Dr Fary Akmal Osman.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan