Penerangan
5 Julai 2021, BAGAN DATUK - Penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan bersepadu bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sebuah kilang memproses makanan ternakan di Hutan Melintang pada hari ini.
JAS dan MPTI bertindak ekoran aduan bau yang kurang menyenangkan diterima daripada orang ramai. Kedua-dua Jabatan telah mengambil tindakan perundangan mengikut bidang kuasa masing-masing terhadap premis tersebut.
Pemeriksaan yang dijalankan adalah mengikut SOP MKN dan KKM.