Penerangan
PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS TERHADAP AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT, 1988 (AKTA 342)
4 Julai 2021, Kota Kinabalu Industrial Park
Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Unit Aduan bersama Timbalan Pengarah telah menjalankan pemeriksaan ke atas satu (1) premis di KKIP bagi memastikan pematuhan di bawah Akta 342 di patuhi.
Secara amnya premis patuh dari segi penyediaan buku daftar atau kod QR Mysejahtera, jangkasuhu, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
Pemeriksaan dan pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
#frontliner
#jabatanalamsekitar
#jassabah_julai2021