Penerangan
MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA JABATAN ALAM SEKITAR
SEREMBAN, 2 Julai 2021 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menganjur Majlis Bacaan Yasin Perdana. Majlis tersebut telah dijalankan secara maya (atas talian) dengan penglibatan penuh semua warga Jabatan Alam Sekitar dari seluruh Malaysia.
Program bacaan yasin ini telah bermula pada 8.30 pagi dengan ucapan aluan oleh Puan Pengarah JAS Negeri Sembilan dan bacaan telah diketuai oleh Encik Abdul Razak bin Ismail dari JAS Negeri Sembilan. Ketua Pengarah JAS, YBrs. Puan Norlin Binti Jaafar turut menyertai dan telah memberi ucapan ringkas berserta amanat kepada semua warga JAS sekaligus memberi sokongan kepada program bacaan perdana tersebut.
Majlis Bacaan Yasin Perdana ini dianjurkan ini bagi mendoakan arwah ibu, ibu mentua dan ayah kepada kakitangan JAS Negeri Sembilan yang telah meninggal dunia dan memohon kesejahteraan dan serta pertolongan serta perlindungan Allah SWT supaya pandemik COVID-19 di Malaysia berjaya dipulihkan. Di samping itu, didoakan agar kecekalan hati, kekentalan jiwa dan jati diri dari segi mental, fizikal serta emosi warga JAS terus konsisten dan kuat di dalam mengharungi situasi pandemik ini dengan penuh ketabahan, keikhlasan dan kesabaran serta terus mantap dalam menjalankan amanah bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasnegerisembilan
#alamsekitartanggungjawabbersama