Penerangan
??: 30.06.2021 (Rabu)
?: 9.30am - 1.00pm
??: Atas talian (zoom)
????Pengerusi: Puan MASHITAH BINTI DARUS, Pengarah Bahagian Udara, JAS Ibu Pejabat.
Kehadiran JAS Sabah:
1. Tn. Pengarah JAS Sabah
2. KC Beaufort
3. PK Rosdi
4. PPKK TJ
?? Ringkasan mesyuarat:
1. Mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat Bil.1/2021.
2. MET Malaysia meramalkan tiada cuaca panas luar biasa dijangka berlaku; tiada jerebu teruk dijangka berlaku; Negara dijangka menerima hujan pada paras purata untuk tempoh 3 bulan kehadapan; Fenomena garis badai yang membawa hujan lebat dan angina kencang boleh berlaku di pantai barat Semananjung dan barat Sabah pada awal pagi; Negara masih berada dalam Monsun Barat Daya (19 Mei – Minggu ketiga September 2021).
3. Status pelaksanaan projek RMKe-12 2021. Secara keseluruhan, sehingga 31 Mei 2021, peratus belanja adalah 23% yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6,600,000.
i. JMG Sabah: Menerima peruntukan sebanyak RM358,000 (daripada RM400,000 yang diagih) daripada Ibu Pejabat JMG. Peratus perbelanjaan setakat 31 Mei 2021 adalah 17%. Baki peruntukan akan digunakan untuk membina 2 unit telaga tiub dan 2 piezometer beserta 2 data logger.
ii. Jabatan Perhutanan Sabah: Memulangkan RM160,000 daripada RM240,000 yang diberi. Tiada wakil dari Jabatan Perhutanan Sabah semasa mesyuarat.
iii. JAS Sabah: Akan komited untuk membelanjakan peruntukan sebanyak RM96,000 yang diterima. Peratus perbelanjaan setakat 31 Mei 2021 adalah 32%. Program pemasangan papan tanda sedang dalam proses pengiklanan; Program kesedaran larangan pembakaran terbuka telah dijalankan di 3 lokasi berbanding 7 lokasi yang dirancang; Program CEPA akan dilaksanakan sebagai alternatif kepada program bersemuka bersama komuniti.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Disediakan oleh:
PK RK
01.07.2021