Penerangan
??: 30 Jun 2021 (Rabu)
?: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
??: Secara Atas Talian (Aplikasi zoom meeting)
?? Anjuran : Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah
??????????? Wakil JAS Sabah
1?? KPP(P) Yaras Hj. Yusup
??????????????????? Kehadiran: Lebih kurang 30 orang kakitangan pelbagai agensi di Sabah.
?? Intipati Mesyuarat:??
1?? Mesyuarat lebih membincangkan keperluan pelbagai agensi dlm pembinaan jeti. Lawatan tapak telah dilakukan utk melihat lokasi perlombongan pasir silika di Sikuati Kudat dan lokasi jeti yang akan dibina. Pemaju setuju untuk membuat pelaburan bernilai RM700 juta untuk:
a) Perlombongan pasir di Sikuati Kudat
b) Kilang memproses pasir di Sikuati Kudat
c) Kilang membuat kaca photovoltaic di KKIP, Kota Kinabalu
Aktiviti ini akan membuka peluang pekerjaan kepada 1800 orang dan kerajaan negeri mendapat royalti RM13 juta setahun bagi aktiviti perlombongan pasir. Mesyuarat pagi ni adalah susulan hal berbangkit antara Kibing Group dengan agensi berkaitan pada masa ditetapkan.
2?? Perlu kelulusan laporan EIA oleh JPAS untuk aktiviti perlombongan pasir dan pembinaan pelabuhan persendirian utk aktiviti eksport dan import keperluan projek.
3?? Aktiviti kilang pembuatan kaca yang dicadangkan adalah aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah EIA 2015 di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 6(a): Industri Kimia - Pengeluaran gabungan 100 tan & lebih sehari. Tapak kilang di KKIP dan kelulusan EIA oleh JAS. DP dan BP diluluskan oleh DBKK.
4?? Kelulusan syarikat pengangkut yang berlesen dengan Sepanggar Port S/B.
5?? Kebenaran dari Taman-Taman Sabah sebab kawasan tersebut adalah sebahagian daripada kawasan yang digazetkan sebagai Taman-Taman Sabah.
6?? Kelulusan pembinaan pelabuhan persendirian oleh Lembaga Pelabuhan Sabah. Kelulusan DP dan BP Pembinaan pelabuhan persendirian dan Kilang Pemprosesan Pasir oleh Lembaga Bandaran Kudat
7?? Paip gas asli akan dipasang dari gayang tuaran ke tapak projek ini. Perbincangan lanjut antara Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dengan Kibing Group Sdn Bhd
8??Agensi lain seperti SESB, JBA, Jabatan Hasil Bumi, Jabatan Tanah dan Ukur, JMG, JKR, Taman2 Sabah dan Jabatan Laut turut hadir mengikut masa yang ditetapkan.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
Disediakan oleh : KPP Pembangunan
Tarikh : 30 Jun 2021