Penerangan
1 Julai 2021, TAIPING – Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan pemeriksaan ke atas aduan pembakaran terbuka dari orang awam di Jalan Simpang dan Kg Dew, Taiping dan rondaan pemantauan pencemaran di sekitar kawasan Kuala Kurau.
Hasil pemeriksaan telah menemui kesan pembakaran terbuka yang mengandungi buangan sampah sarap. Poster larangan pembakaran terbuka telah dilekatkan di kawasan yang berdekatan bagi menyedarkan orang ramai supaya menjaga kualiti udara persekitaran.
Pemeriksaan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.