PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI PUNCA KILANG PROSES SCRAP METAL DITAHAN KELENGKAPAN

DOE Perak 01/07/2021 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI PUNCA KILANG PROSES SCRAP METAL DITAHAN KELENGKAPAN
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

1 Julai 2021, IPOH - Penguatkuasa Seksyen Perak Tengah dari JAS Perak telah menjalankan penahanan alat kawalan kelengkapan di sebuah premis industri memproses scrap metal kerana kesalahan gagal menyediakan sistem pengolahan efluen mengikut spesifikasi di Kawasan Perindustrian Menglembu pada 30 Jun 2021. Tindakan penahanan operasi kelengkapan tersebut tertakluk di bawah Seksyen 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan premis industri menghentikan aktiviti pemprosesan dengan serta merta sehingga tindakan pembaikan diambil dengan segera. Bagi kesalahan lain premis turut dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Pemeriksaan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan