Penerangan
30 Jun 2021, KAMUNTING - Rondaan pemantauan pencemaran premis industri di Kawasan Perindustrian Kamunting Raya telah dijalankan oleh penguatkuasa JAS Cawangan Taiping.
Punca-punca industri yang berisiko mencemarkan alam sekitar dan tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya telah menjadi tumpuan rondaan pada hari ini. Walau bagaimanapun hasil pemantauan mendapati pelepasan efluen dan pengeluaran asap dari cerobong dari adalah patuh.
Program pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.