PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN MENJALANKAN SIASATAN ADUAN DALAM  TEMPOH BERKUATKUASA TOTAL LOCKDOWN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN MENJALANKAN SIASATAN ADUAN DALAM  TEMPOH BERKUATKUASA TOTAL LOCKDOWN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

3 Jun 2021- Kemaman, Terengganuu,  Pegawai Penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman, telah menjalankan siasatan segera ke atas aduan yang diterima dalam tempoh berkuatkuasanya Total Lockdown dan Arahan Bertugas oleh  Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.  Aduan ini dikenalpasti berlaku di Taman Semarak Binjai, daerah Kemaman Hasil siasatan ke atas aduan yang berkaitan dengan aktiviti pembakaran terbuka ini didapati berasas.  Tindakan susulan segera telah diambil oleh pegawai penguatkuasa dengan memberi amaran keras dan  menyerahkan risalah larangan pembakaran terbuka  kepada penduduk yang terbabit.  Di samping itu juga banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi pembakaran terbuka dilakukan bagi mengingatkan sipelaku tentang kesalahan yang telah dilakukan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka. JAS Cawangan Kemaman akan memantau dari semasa ke semasa aktiviti ini bagi memastikan aduan ini tidak berulang dan memberi ketidakselesaan kepada penduduk sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan