PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

BARISAN HADAPAN JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SIAGA MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BARISAN HADAPAN JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SIAGA MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

30 Jun 2021- Kemaman, Terengganu. Barisan hadapan bagi mencegah dan memantau pencemaran sentiasa tersemat dalam setiap pegawai penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman.   Komitmen ini merupakan jaminan dalam melaksanakan tugas dan amanah yang telah termaktub di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Keberadaan di lapangan bagi mencegah pembakaran terbuka di kawasan penempatan dan kawasan industri  telah diberi fokus utama pada setiap hari rondaan dijalankan. Kawasan yang terlibat pada hari ini adalah Kawasan Perindustrian Telok Kalong dan Jakar , Kg. Bukit Kuang, Kg. Besut, Mukim  Cheneh dan Mukim Bandi. Keseluruhan rondaan dan pemantauan pada hari ini mendapati kebanyakan industri tidak beroperasi. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada keadaan yang mencurigakan ditemui.