PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

INDUSTRI DIPANTAU DAN PEMBAKARAN TERBUKA TERUS DICEGAH DALAM TEMPOH PKP 3.0-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
INDUSTRI DIPANTAU DAN PEMBAKARAN TERBUKA TERUS DICEGAH DALAM TEMPOH PKP 3.0-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

28 Jun 2021- Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus mempertingkatkan pemantauan  premis industri dan rondaan pembakaran terbuka bagi memastikan masyarakat berada dalam keadaan yang sejahtera. Rondaan dan pemantauan hari ini melibatkan kawasan perindustrian dan juga penempatan di kampung dan kediaman di taman perumahan.  Ianya melibatkan Kg. Besut, Kg. Gong Limau, Kg. Gong Pauh, Bandar Chukai, Kawasan Jakar, Mak Lagam, Cheneh, Neram, Seri Bandi, Ibok, Desa Solehan dan Mak Chili . Tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada keadaan yang mencurigakan dikesan. Keberadaan pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman di lapangan ini diharap dapat mencegah dan mengurangkan aduan pencemaran.  Kerjasama semua penduduk di daerah Kemaman sangat diharapkan dalam menangani isu pencemaran ini secara bersama.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan