Penerangan
25 Jun 2021- Kemaman, Terengganu. Dengan kepesatan pembangunan industri di daerah Kemaman, tugas JAS Cawangan Kemaman sebagai penguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga semakin mencabar dalam memastikan kesejahteraan alam sekitar terus terpelihara.
Fokus utama rondaan dan pemantauan oleh pegawai penguatkuasa hari ini, dilakukan di Kawasan Perindustrian Jakar, Kawasan Perindustrian Teluk Kalung dan Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB). Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan dan tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui
Rondaan dan pemantauan ini termasuk kawasan kediaman dan perkampungan yang berada pada jarak yang terdekat dengan ketiga-tiga kawasan perindustrian tersebut.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang telah dikenalpasti pembakaran terbuka dilakukan. Risalah juga turut diedarkan kepada penduduk di penempatan yang terlibat, sebagai amaran awal bagi mencegah aktiviti ini diteruskan.