PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KERJASAMA JAS CAWANGAN KEMAMAN BERSAMA PIHAK INDUSTRI  DALAM MENANGANI PENCEMARAN BAU DI KAWASAN PERINDUSTRIAN KERTEH-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KERJASAMA JAS CAWANGAN KEMAMAN BERSAMA PIHAK INDUSTRI  DALAM MENANGANI PENCEMARAN BAU DI KAWASAN PERINDUSTRIAN KERTEH-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

21 Jun 2021- Kemaman, Terengganu.  Isu pencemaran bau dari premis-premis industri di Kawasan Perindustrian Kertih dan Taman Industri Polimer, Kerteh sering diadu oleh masyarakat setempat.  Isu ini juga dipengaruhi oleh arah angin yang membawa masalah bau tersebut ke penempatan berhampiran. Hari ini atas semangat kerjasama, pihak industri telah turun padang bersama-sama mengesan tahap pencemaran bau di beberapa lokasi di kawasan premis industri dan juga penempatan untuk dibandingkan kesepadanan gas pencemar yang dikesan. Komitmen ini dilakukan supaya isu pencemaran bau ini dapat diselesaikan sepenuhnya. Komitmen kerjasama ini juga diteruskan dengan mewujudkan komunikasi dua hala antara JAS Cawangan Kemaman, pihak Industri dan masyarakat setempat dalam menangani keadaan-keadaan abnormal dan mencurigakan. Sehingga kini komitmen yang diberikan sangat membantu terutama kepada pihak JAS yang sedang menyelesaikan aduan bau tersebut.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan