Penerangan
19 Jun 2021- Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus komited melaksanakan tugas mencegah pencemaran. Komitmen ini menjadi tanggungjawab utama dalam memastikan penduduk di daerah berada dalam keadaan yang selamat dan sejahtera.
Pegawai penyiasat memfokuskan siasatan di lokasi aduan hotspot . Hasil siasatan mendapati ianya berpunca dari “Flaring” di salah sebuah premis yang berada di Kawasan Perindustrian Kertih. Pemantauan premis industri juga turut dijalankan di kawasan perindustrian ini dan tiada keadaan yang abnormal dikesan..
Di samping itu, rondaan mencegah pembakaran terbuka juga telah dijalankan di sepanjang jalan raya utama dan jalan-jalan kawasan penempatan yang menghubungkan Bandar Chukai sehingga ke Mukim Kertih. Tiada pembakaran terbuka ditemui. Bunting larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan yang berpotensi dilakukan oleh orang awam.
Pemantauan premis industri turut dijalankan di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong. Tiada aktiviti yang mencurigakan ditermui sepanjang rondaan dijalankan.