PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

ADUAN PENCEMARAN BAU TERUS DITANGANI SEHINGGA SELESAI -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PENCEMARAN BAU TERUS DITANGANI SEHINGGA SELESAI -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

16 Jun 2021- Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Cawangan Kemaman terus menjalankan rondaan dan memantau premis industri di Kawasan Perindustrian Kerteh dan  Taman Industri Polimer, Kerteh bagi mengesan secara berterusan punca pencemaran bau yang diadukan oleh penduduk di Taman Perumahan , Mukim Paka daerah Dungun sejak 11 Jun 2021. Rondaan dan pemantauan pencemaran bau ini dijalankan pada waktu siang hingga malam.  Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman juga telah mengambil inisiatif  menwujudkan komunikasi dua hala dengan semua industri di kawasan perindustrian tersebut dan juga penduduki di kawasan perumahan yang terlibat melalui aplikasi “Group WhatsApp”.  Temubual secara fizikal dengan penduduk terlibat juga dilaksanakan. JAS Negeri Terengganu  berharap dengan tindakan susulan yang  bersepadu dan komprehensif ini dengan  melibatkan kerjasama pihak industri dan penduduk yang terlibat dengan masalah pencemaran bau ini akan dapat menyelesaikan kes aduan pencemaran bau busuk ini dalam masa terdekat.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan