PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KOMITMEN KERJA BERPASUKAN JAS NEGERI TERENGGANU DALAM MENANGANI ADUAN PENCEMARAN DI DAERAH KEMAMAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KOMITMEN KERJA BERPASUKAN JAS NEGERI TERENGGANU DALAM MENANGANI ADUAN PENCEMARAN DI DAERAH KEMAMAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

13 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Pasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus memberi komitmen menjalankan pengesanan punca pencemaran bau mengikut Arahan Bertugas oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dalam tempoh PKP 3.0. Komitmen kerja berpasukan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Cawangan Kemaman telah bermula sejak 11 Jun 2021, berikut aduan yang diterima dari penduduk yang mendiami taman perumahan di Mukim Paka, daerah Dungun yang mendakwa punca pencemaran datang dari arah Kawasan Perindustian Kerteh, daerah Kemaman. Dalam menangani kes aduan percemaran di Kawasan Perindustrian Kerteh ini, pegawai penguatkuasa telah menggunakan peralatan Grimm dan Cerex FTIR yang dipasang selama 24 jam bagi mengesan punca pencemaran.  Selain itu, rondaan di sekitar  premis-premis industri terbabit termasuk sekitar rumah pengadu juga telah dilakukan pada waktu siang dan malam. JAS  berharap kes ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak termasuk orang awam, pihak industri dan juga pengadu dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar di Negeri Terengganu ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan