Penerangan
14 Jun 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Pasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu terus menjalankan pemantauan dengan memasang peralatan Grimm dan Cerex FTIR bagi mengenalpasti punca pencemaran bau dari premis-premis industri di Kawasan Perindustrian Kerteh, berikutan aduan pencemaran bau busuk yang diadu dari penduduk tempatan yang mendiami taman perumahan di Mukim Paka daerah Dungun.
Selain itu pasukan pegawai penguatkuasa JAS Negeri Terengganu Cawangan Kemaman juga turut menjalankan pemantauan dan rondaan pada waktu malam di sekitar premis industri yang beroperasi di kawasan perindustrian ini. Temubual dengan penduduk di kawasan penempatan terlibat juga telah dan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah bau ini secara bersama.