Penerangan
12 Jun 2021- Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Tererngganu Cawangan Kemaman terus komited menjalankan rondaan dan pemantauan punca-punca pencemaran pada cuti hujung minggu di Negeri Terengganu. Komitmen ini juga selaras dengan Arahan Bertugas oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Rondaan mencegah pembakaran terbuka dan pemantauan premis industri yang berpotensi mencemarkan alam sekitar telah dijalankan di sekitar Chukai , Kg Besut, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh sehingga ke Mukim Paka, daerah Dungun.
Rondaan dan pemantauan ini juga bertujuan mengesan dan memantau pencemaran bau yang didakwa oleh penduduk taman perumahan di kawasan Paka, telah menyebabkan ketidakselesaan dan mengganggu aktiviti harian mereka.
Hasil rondaan dan pemantauan ini didapati tiada aktiviti abnormal dikesan. Tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada bau dikesan di kawasan yang diadu oleh penduduk terbabit.
JAS Negeri Terengganu Cawangan Kemaman akan terus memantau dan mengesan pencemar-pencemar dari premis industri yang beroperasi di daerah ini dengan kerjasama dan maklumat orang awam bagi memastikan isu-isu pencemaran dapat ditangani dan diselesaikan dengan baik.