PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KAWASAN PERINDUSTRIAN MENJADI FOKUS UTAMA RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN   -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KAWASAN PERINDUSTRIAN MENJADI FOKUS UTAMA RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN   -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

11 Jun 2021- Kemaman, Terengganu.  Daerah Kemaman pesat membangun dalam sektor perindustrian. Perkembangan ini, seiring  dengan  wujudnya kawasan perindustrian utama di Kerteh, Teluk Kalong, Kemaman Supply Base dan  Jakar. Hari ini pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar  Negeri Terengganu  Cawangan Kemaman terus komited memantau kawasan-kawasan industri di kawasan Kerteh, Teluk Kalong dan Jakar bagi memastikan tiada aktiviti mencurigakan dilakukan oleh sesiapa sahaja yang tidak bertanggungjawab. Rondaan pembakaran terbuka juga telah dilaksanakan melibatkan jalan raya utama dan jalan-jalan kampung yang menghubungkan kawasan-kawasan industri ini termasuk kawasan taman perumahan, tapak pembinaan dan juga kawasan penempatan di kampung-kampung. Hasil rondaan dan pemantauan tersebut tiada pembakaran terbuka ditemui. Pegawai penguatkuasa juga telah mengedarkan risalah dan menampal banner larangan pembakaran terbuka di kawasan yang dikesan ada potensi pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan