Penerangan
8 Jun 2021- Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman telah menjalankan tugas meronda dan memantau premis industri yang berpotensi mencemar kualiti udara, air sungai dan aktiviti pelupusan haram buangan terjadual di daerah ini.
Rondaan dan pemantauan pada hari ini tertumpu pada industri-industri yang berada di sepanjang laluan jalan raya utama dan jalan-jalan yang menghubungkan Kg. Binjai, Kg. Mak Lagam, Kg. Cheneh, Kg.Jabor, Kg. Padang Kubu, Kg. Seri Bandi, Kg. Ibok dan Kg. Mak Chili.
Hasil rondaan dan pemantauan tersebut tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan.Pegawai penguatkuasa juga telah mengedarkan risalah dan menampal banner larangan pembakaran terbuka kepada premis-premis sebagai peringatan supaya aktiviti ini sama sekali tidak dilakukan dalam memastikan persekitaran premis masing-masing berada dalam keadaan baik dan selamat.