PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS INDUSTRI DI DAERAH KEMAMAN TERUS DIPANTAU SEMASA CUTI UMUM-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS INDUSTRI DI DAERAH KEMAMAN TERUS DIPANTAU SEMASA CUTI UMUM-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

7 Jun 2021- Kemaman, Terengganu.  Arahan Bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bukan sahaja pada hari-hari biasa tetapi ianya termasuk pada hari cuti umum.  Hari ketujuh Lockdown di daerah Kemaman, pegawai penguatkuasa terus menjalankan rondaan dan pemantauan di premis-premis  industri yang berisiko mencemarkan kualiti udara dan sungai serta berpotensi melakukan  pelupusan haram buangan terjadual industri. Rondaan dan pemantauan yang diberi keutamaan pada hari ini melibatkan jajaran premis industri yang berada di Kawasan Perindustrian Kertih, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, jalan-jalan utama yang menghubungkan kedua-dua kawasan ini dan juga kawasan penempatan di sepanjang laluan ini. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada aktiviti mencurigakan dan tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui. Beberapa kawasan terdapat longgokan daun-daun kayu  hasil pembersihan telah dipasang banner larangan pembakaran terbuka. Siasatan juga telah dilakukan ke atas aduan pencemaran bau berpunca dari operasi kilang di Kawasan Perindustrian Kerteh.  Punca sebenar belum dikenapasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan