PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DALAM TEMPOH “TOTAL LOCKDOWN” DI DAERAH KEMAMAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DALAM TEMPOH “TOTAL LOCKDOWN” DI DAERAH KEMAMAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

6 Jun 2021- Kemaman, Terengganu.  JAS Terengganu Cawangan Kemaman terus menjalankan rondaan dan pemantauan pada hari keenam  total lockdown di daerah Kemaman berikutan Arahan Bertugas  Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dalam tempoh ini. Rondaan dan pemantauan pada hari ni telah  di sekitar  Chukai, Jakar, Kawasan Perindustrian Jakar I, II & III, Kg. Geliga, Kg. Mak Lagam, Kg. Binjai, Kg. Mak Chili, Kg. Bukit Mentok, Kg. Gong Pauh, Kg. Gong Limau, Kg. Besut, Kg. Bukit Kuang, Kg. Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Telok Kalong dan kg. Bakau Tinggi. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada aktiviti mencurigakan ditemui, tiada masalah pencemaran kualiti udara dan air dikesan  dan tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui. Beberapa kawasan yang telah ditemui terdapat longgokan daun-daun kayu  hasil pembersihan telah dipasang banner larangan pembakaran terbuka bagi tujuan mencegah aktiviti pembakaran dilakukan. JAS Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa memantau semua punca pencemaran di daerah ini bukan sahaja melalui rondaan dan pemantauan di lapangan, malah pemantauan melalui sistem pemantauan pencemaran secara online yang berhubung secara terus dari kilang kepada Jabatan Alam Sekitar turut dijalankan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan