PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENYIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN KEDIAMAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI KAWASAN KEDIAMAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

29 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Bertugas sebagai barisan hadapan,  pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bagi mencegah pencemaran dari aktiviti pembakaran terbuka dan aktiviti perkilangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap diteruskan. Kawasan rondaan dan pemantauan ini dilakukan di sekitar Bandar Kuala Terengganu, Kg. Teratak Batu, Kg. Wakaf Tapai, Kg. Pengkalan Berangan, di daerah Marang. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui. Siasatan ke atas tiga (3) aduan pembakaran terbuka di Kg. Ladang Titian, Kg. Pulau Kambing dan Kg. Pulau Sekati. Aduan didapati berasas dan aktiviti ini dilakukan oleh penduduk yang berada dalam kawasan penempatan.  Aktiviti ini telah  mengakibatkan masalah gangguan kepada kejiranan.  Penduduk terlibat telah diberi nasihat dan amaran keras agar tidak melakukan aktiviti ini. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang supaya semua penduduk di kawasan terlibat dapat memberi kerjasama supaya menjaga kualiti alam sekitar demi kesejahteraan hidup semua.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan