Penerangan
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA, PEMANTAUAN PREMIS INDUSTRI DAN SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA
28 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) MASIH BERKUATKUASA. Tugas pegawai peguatkuasa sebagai barisan hadapan dalam mencegah pencemaran terus dilkasanakan.
Lokasi rondaan dan pemantauan hari ini bermula di kawasan Batu Buruk dan Chendering, daerah Kuala Terengganu,Kg. Kelulut, Kg. Pulau Kerengga, Kg. Jambu Bongkok, daerah Marang dan Kg Kuala Abang, Kg. Gong Balai, Kg. Bukit Bauk, Kg Nyior, Kg Tebing Tembah dan Paka, dearah Dungun. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti mencurigakan ditemui.
Pegawai penguatkuasa juga turut menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka di Kg. Baru Tebing Tembah, Paka, aduan didapati berasas berdasarkan penemuan kesan pembakaran daun-daun kayu dan sampah sarap. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang dan risalah juga turut diedarkan di kawasan penempatan terlibat.
Semasa rondaan juga pegawai penguatkuasa menjumpai longgokkan pokok yang ditebang. Banner larangan pembakaran terbuka telah digantung di kawasan yang berpotensi pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam sebagai peringatan agar aktiviti tersebut tidak diteruskan.