PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

FRONTLINER MENANGANI PENCEMARAN ALAM SEKITAR DALAM TEMPOH PKP 3.0-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
FRONTLINER MENANGANI PENCEMARAN ALAM SEKITAR DALAM TEMPOH PKP 3.0-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

27 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu.  Pegawai penguatkuasa JAS Negeri Terengganu terus komited menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau premis industri yang berada dalam daerah  Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Fokus lokasi rondaan dan pemantauan ini meliputi Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kg. Wakaf Tengah, Kg. Pecah Rotan, Kg. Maras, Kg. Bukit Chempaka, Kg. Padang Kemunting, Kg. Baru Tepoh dan Kg. Padang Air. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui. Kebanyakan premis industri didapati tidak beroperasi. JAS telah diberi mandat sebagai frontliner mencegah pencemaran. Tugas dan amanah ini akan terus dilaksanakan dalam memastikan alam sekitar kita sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera untuk semua kehidupan di muka bumi ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan