Penerangan
26 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Dalam tempoh PKP 3.0 yang masih berkuatkuasa sejak 1 Jun 2021, pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan di lapangan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau industri.
Keberadaan pegawai penguatkuasa meronda dan memantau pencemaran melibatkan Kawasan Perindustrian Pulau Serai dan kawasan tanah gambut yang sering terbakar di Kg Balai Besar, daerah Dungun. Tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan dan tiada pembakaran terbuka ditemui. Beberapa kawasan telah dipasang banner larangan pembakaran terbuka sebagai peringatan kepada sesiapa yang terlibat agar ianya tidak diteruskan.
Pemerhatian pencemaran bebola tar di kawasan pantai Kg. Jambu Bongkok, daerah Marang juga dilakukan. Tiada tompokkan minyak dijumpai di sepanjang pemerhatian tersebut.
Komitmen yang tinggi pegawai penguatkuasa JAS Terengganu meronda dan memantau pada cuti hujung minggu ini akan sentiasa berterusan bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus kekal untuk kehidupan generasi hari ini dan juga akan datang