Penerangan
KESIAP SIAGAAN DALAM MENCEGAH PENCEMARAN DEMI KESEJAHTERAAN SEMUA
25 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Kesiap siagaan pegawai penguatkuasa JAS Terengganu semasa cuti hujung minggu di Negeri Terengganu bukan hanya bertugas di pejabat tetapi turut menjalankan rondaan di lapangan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau industri
Tugasan hari ini telah tertumpu di dua (2) daerah iaitu Kuala Terengganu dan Marang. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada keadaan yang mencurigakan ditemui.
Komitmen berterusan dan keberadaan pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu meronda dan memantau punca pencemaran di negeri ini diharap mendapat sokongan dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat untuk sama-sama memelihara alam sekitar kita agar bebas dari sebarang pencemaran.