PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN TANAH GAMBUT DAN PEMERIKSAAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN TANAH GAMBUT YANG SERING TERBAKAR-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 01/07/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN TANAH GAMBUT DAN PEMERIKSAAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN TANAH GAMBUT YANG SERING TERBAKAR-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
01/07/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

24 Jun 2021, Kuala Terengganu, Terengganu.Hari ini pegawai penguatkuasa menjalankan rondaan dan pemantauan di daerah Dungun dengan tumpuan kepada pemantauan tanah gambut dan pemeriksaan infrastruktur di tanah gambut.Tiada pembakaran terbuka ditemui. Pemeriksaan susulan ke atas setiap infrastruktur tanah gambut seperti check dam di sepanjang rondaan dilakukan bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik. Tindakan proaktif ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan  menyelenggara kelengkapan ini dan menunjukkan kesiapsiagaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dalam menghadapi sebarang kejadian kebakaran di luar jangkaan di kawasan tanah gambut ini. Pada hari ini juga tinjauan dilakukan ke atas kerja-kerja pengepaman air daripada telaga tiub (tube well) oleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Terengganu bagi meninggikan paras air di check dam dan membasahkan tanah gambut di sekitar Batu 7, Dungun. Setinggi-tinggi penghargaan kepada JMG di atas kerjasama padu dalam usaha mencegah kebakaran di tanah gambut yang sering terbakar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan